URUT WARISAN PUTRAJAYA

{Kemaskini pada 24 Oktober 2014}

 

Makluman TERKINI (Nov 2014):

UWP akan beroperasi di alamat berikut:

NO 5B JALAN NURI,

TAMAN DESA,

JENDERAM HILIR,

43800 DENGKIL, SELANGOR


Rujuk album untuk peta lokasi

———————————————————-

NOTA PENTING UNTUK PERHATIAN BAKAL PELANGGAN ATAU PELANGGAN BARU JUGA RUJUKAN BAGI PELANGGAN SEDIA ADA

KERJASAMA ANDA DIPOHON UNTUK MEMBACA DAHULU MAKLUMAT DI SINI SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN DAN MENGEMUKAKAN SOALAN LANJUT


TERIMA KASIH

RUJUK JADUL TERKINI DI SINI.

MAKLUMAT AM

  • Urut Warisan Putrajaya adalah khusus untuk golongan wanita sahaja
  • 100% urut tradisional yang sangat teliti dan unik serta amat dijamin berlainan dari urutan lain yang pernah anda nikmati sebelum ini
  • Seni urutan yang disulami kesungguhan yang tinggi dan keikhlasan untuk membantu memulihkan sakit/ masalah pada pelanggan
  • Oleh kerana fokus tukang urut adalah bagi membantu pelanggan mendapat kepulihan yang lebih lama (mengelakkan sakit/ masalah berulang dengan kerap/ lebih cepat) dan memberikan rasa kepuasan yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata, maka setiap sesi urutan adalah berbeza mengikut keadaan pelanggan. Pelanggan akan diurut sehingga tukang urut juga berpuas hati dapat membantu dan memberikan servis terbaik.
  • Kepuasan pelanggan yang pernah mendapat servis Urut Warisan Putrajaya menjadi bukti kepada mutu dan kualiti yang tidak terbanding oleh seni urutan oleh pihak lain (Alhamdulillah, semua kuasa Allah Yang Maha Mengizinkan)
  • Kawasan servis ialah Putrajaya dan sekitarnya.
  • Pada masa ini hanya dikendalikan oleh seorang tukang urut sahaja
  • Beroperasi dari rumah, bukan kedai atau spa
  • Permintaan mengurut adalah tinggi dengan kapasiti terhad seorang tukang urut sahaja, maka pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya 2-4 minggu lebih awal daripada tarikh yang dikehendaki
  • Sila like Facebook Urut Warisan Putrajaya untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual urut terkini serta info kesihatan yang menarik.
  • Owner Urut Warisan Putrajaya ialah Puan Ayue Ismail dan maklumat ringkas beliau boleh juga dirujuk pada ABOUT blog ini.
  • Soalan berkisar hal peribadi tidak akan dilayan.

SLOT

  • Hari bekerja – Satu sesi sahaja pada waktu malam jam 8.00 pm – 12.00 pm.
  • Hujung minggu / cuti umum – Tiga sesi
  1. Pagi 8.30 am – 1.00 pm
  2. Petang 2.30 pm – 6.30 pm
  3. Malam 8.00 pm – 12.00 am

PERJALANAN KE RUMAH PELANGGAN

  • Pelanggan perlu datang sendiri ke UWP untuk berurut pada waktu malam kerana perjalanan ke rumah pelanggan tidak dilakukan pada waktu malam terutamanya pada hari bekerja (Ahad malam – Jumaat malam).
  • Perjalanan ke rumah pelanggan hanya pada waktu siang hari di hujung minggu atau cuti umum

TEMPAHAN SESI MENGURUT

  • Untuk sebarang tempahan, sila rujuk jadual terkini terlebih dahulu sebelum memilih tarikh yang dirasakan sesuai di Facebook Urut Warisan Putrajaya
  • Tempahan boleh dilaksanakan dengan menambah komen pada jadual terkini atau dengan menghantar Private Message kepada Page atau dengan menghubungi / SMS/ Whatsapp / Viber 012-9693077
  • Sila maklumkan lebih awal jika membawa peneman / keluarga (kawan, suami dan anak-anak) supaya ruang menunggu dapat disediakan untuk keselesaan tetamu
  • Di atas kekangan tertentu, suami/ ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan untuk meneman di dalam rumah ketika sesi mengurut.
  • Sila ambil maklum bahawa setiap sesi urut boleh mencecah minimum 2 jam dan maksimum 5 jam.

TEMPAHAN UNTUK URUT BERSALIN

  • Sila maklumkan sekurang-kurangnya sebulan hingga dua bulan lebih awal tarikh jangkaan bersalin supaya slot pada hujung minggu yang berhampiran dengan due date boleh direserve terlebih dahulu untuk keutamaan pelanggan yang bakal bersalin
  • Jika pelanggan sanggup datang ke lokasi UWP, sesi urutan juga boleh dilaksanakan pada waktu malam hari biasa selain menunggu sesi hujung minggu / cuti umum.

JADUAL TEMPAHAN YANG SENTIASA PENUH, PERMINTAAN AGAK TINGGI

  • Jadual tempahan akan dibuka dari semasa ke semasa.
  • Setiap jadual tempahan yang dibuka adalah untuk tempoh dua minggu hingga sebulan.
  • Jadual akan dibuka di antara dua minggu – sebulan sebelum tarikh tempahan, sebagai contoh, jadual 1 April – 30 April 2013 dibuka pada awal Mac 2013.
  • Bagi mengelakkan pelanggan terlepas pandang untuk membuat tempahan, sila like Facebook Urut Warisan Putrajaya untuk sentiasa mendapat maklumat berkenaan jadual terkini.
  • Disarankan pelanggan membuat tempahan dua (2) – empat (4) minggu lebih awal bagi setiap tarikh yang dikehendaki.
  • Pengalaman sebelum ini, setiap kali jadual tempahan dibuka samada untuk tempoh dua minggu hingga sebulan, hanya dalam masa 15 – 30 minit tempahan dipenuhkan. Oleh kerana itulah, pelanggan sangat digalakkan alert berkenaan jadual tempahan supaya tidak terlepas peluang dan perlu menunggu lebih lama.



TEMPAHAN SECARA AD-HOC

  • Memandangkan sesi urut sentiasa penuh, permintaan mengurut secara ad-hoc sukar dipenuhi melainkan jika pelanggan pada hari tersebut membatalkan tempahan pada saat-saat akhir. Pelanggan boleh cuba mengemukakan pertanyaan untuk mendapatkan sesi urutan secara ad-hoc, mungkin juga rezeki anda ada pada hari tersebut. Disarankan juga untuk merujuk jadual atau informasi terkini yang dipaparkan di Page terlebih dahulu kerana jika ada pelanggan membatalkan tempahan dengan memaklumkan lebih awal, sesi tersebut akan dibuka semula dan makluman akan dipaparkan di Page

KELEBIHAN SENI URUTAN OLEH URUT WARISAN PUTRAJAYA

Urutan tradisional yang amat unik, teliti yang disulami perasaan ikhlas dan bersungguh-sungguh membantu pelanggan ini berkesan/ dapat membantu untuk:

  1. Mengurangkan stress
  2. Mengendurkan ketegangan urat saraf
  3. Mengeluarkan angin yang terperosok dan mendiami otot dan urat saraf
  4. Membetulkan dan meluruskan kembali urat saraf yang tersimpul
  5. Meleraikan punca sakit lutut, betis, peha, tumit yang disebabkan oleh “sciatic nerve pain”
  6. Mencungkil keluar angin yang menyorok di celah2 tulang belikat & rusuk yang menyebabkan tangan/ bahu/ belikat mudah lenguh.
  7. Merawat masalah susu badan yang tidak lawas/ kurang
  8. Mengurangkan sakit kepala, kembung perut, sebu yang disebabkan angin-angin sesat dalam badan
  9. Merawat perut cekang

KESAN SELEPAS URUTAN

  • KELEGAAN akan dapat dirasai terus selepas diurut. Wajah juga kelihatan bertambah berseri kerana segala sel-sel badan sedang dipulihkan & berfungsi dengan baik. Badan juga terasa lebih ringan dan segar.
  • Walaubagaimanapun untuk kes-kes tertentu di mana jika seseorang pelangggan mempunyai terlalu banyak angin, akan terasa sakit/ lebam (tiada kesan biru/ hitam pada kulit, tapi terasa di dalam otot-otot/ urat) akibat bekas tekan untuk dipecahkan angin yang tebal. Kesan ini akan hilang sepenuhnya selepas 3 hari, insya Allah. Sedikit rasa sakit untuk kelegaan lebih lama. Jika angin tidak dileraikan sepenuhnya, senang berulang sakit urat/ lenguh badan.
  • Sesetengah pelanggan yang mengalami banyak masalah, perlu melakukan sesi ulangan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.

SENARAI ALBUM YANG BERKAITAN

PERKHIDMATAN LAIN

  • Urut wanita mengandung (6 bulan dan ke atas sahaja)
  • Urut wanita selepas bersalin (Urutan seluruh badan & tungku di kawasan pinggang atas dan bawah, perut dan peha depan & belakang)
  • Urut bayi & kanak-kanak (Terseliuh, kembung)
  • Sauna (RM 10 untuk sekali masuk, 15-30 minit)

KADAR UPAH & TEMPOH URUTAN


Update: Untuk makluman, kos sewa lokasi yang baru adalah sebanyak 3X dari kos sewa sebelum ini. Bayaran caj sebenar belum ditetapkan buat masa ini namun pelanggan yang berurusan dengan UWP dinasihatkan agar memberikan bayaran/ upah khidmat yang setimpal dengan keadaan semasa kerana kos telah meningkat secara mendadak. Sebelum ini, UWP tidak pernah mencadangkan bayaran minimum kerana kos sewa yang rendah dan tiada belanja extra melampau yang dikeluarkan. Walaubagaimanpun memandangkan kos telah meningkat, mohon pelanggan juga memahami kekangan di pihak UWP. Bayaran minimum bagi urutan 1 badan dicadangkan RM80. Bayaran ini masih rendah dan murah jika dibandingkan dengan urutan biasa di spa mahupun urutan yang dicaj mengikut jam (RM50/ sejam). Terima kasih di atas keprihatinan pelanggan dalam memahami isu ini.

Nota: Kadar upah yang dinyatakan di bawah tidak termasuk kos perjalanan.

Upah (yang biasa diberikan oleh Pelanggan – tidak ditetapkan, sekadar panduan, lebih afdhol mengikut keiklhasan & kemampuan serta *kadar kebiasaan)

1) Urutan separuh badan/ sebahagian/ tempat-tempat tertentu.

(Separuh badan dari pinggang ke bawah, atau separuh badan dari pinggang ke atas)

Tempoh: 1 jam – 2 jam

Jumlah: RM 50

2) Urutan seluruh badan

Tempoh: 2 jam – 5 jam

Jumlah: RM 80 – RM 150

Urut seluruh badan memang tidak mustahil mencecah sehingga 4 – 5 jam. Masanya tidak menentu, sehingga siap urut seluruh badan mengikut keadaan pelanggan.

Caj tidak dikenakan mengikut jam di atas sebab-sebab berikut:-

  • Akan membebankan pelanggan jika berkira-kira tempoh dengan jumlah bayaran per jam. Jika pelanggan tidak berkemampuan, akan membantutkan usaha dan terus menanggung sakit.
  • Urutan tidak akan sempurna dan lengkap, sakit akan mudah berulang – akan menyusahkan pelanggan untuk kerap berulang alik – menelan kos yang lain pula. Sebaiknya, urutan biarlah sehingga puas hati dan memberikan kesan kesihatan jangkamasa panjang.
  • Jika memerlukan travelling, bagaimana ingin mengira masa dari mula perjalanan, adakah adil bagi pelanggan, dan jika menelan masa travelling yang panjang dalam kesesakan lalulintas atau waktu malam juga merumitkan pihak UWP.
  • Jika mengurut yang bersalin, bagaimana ingin mengira kos masa jika si ibu perlu menyusu dan melayan anak di antara tempoh mengurut?
  • Kerana sebab-sebab inilah, urutan tidak dikira berdasarkan jam, tetapi amat memohon pelanggan memahami keadaan agar bayaran diberikan setimpal jika mengambil masa yang lama.

Diingatkan sekali lagi bahawa kadar yang dinyatakan di atas hanyalah sebagai panduan dan kebiasaan yang diberikan pelanggan. Kunci di sini ialah IKHLAS, berilah upah seikhlas hati dan setimpal berdasarkan kemampuan diri serta khidmat yang diberikan oleh UWP, berapa jumlah sahaja diterima dengan hati terbuka & syukur dengan rezeki yang Allah tetapkan, semoga dilimpahkan keberkatan di atas keikhlasan pelanggan memberi upah dan keikhlasan saya memberikan servis. Terkurang, dihalakan, terlebih dipohon menghalalkan, IKHLAS ya.

CAJ PERJALANAN

  • Dipohon semua pelanggan memahami bahawa “Travelling” / memandu akan mengambil masa yang lebih lama, tenaga yang lebih serta memerlukan kos petrol & tol.
  • Pelanggan dipohon untuk menyediakan tambahan kepada upah jika memohon pergi ke lokasi masing-masung.
  • Anggaran kos petrol: RM 0.50/km, pergi dan balik ke lokasi, belum termasuk kos tol.
  • Walaubagaimanpun, pelanggan lebih digalakkan datang ke UWP untuk menjimatkan masa semua pihak, kecuali di atas keperluan-keperluan tertentu yang amat mendesak, UWP akan memenuhi permintaan pelanggan untuk travel pada siang hari di hujung minggu/ cuti umum sahaja.
  • Mulai November 2014, caj RM20 akan dikenakan di atas setiap travelling ke rumah (belum termasuk kos petrol dan tol).

Yang baik-baik itu semua dari Allah Yang Maha Mengizinkan, Maha Pencipta.

Yang lemah dan kurang itu di atas kesilapan saya sendiri.

Mohon maaf di atas kekurangan, jika ada.

Advertisements